expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, June 12, 2014

Onde-onde Nisfu Syaaban


Kenal ker kuih tradisional ni? Bagi yang tak berapa nak kenal...itulah buah Melaka, atau di Kelantan sangat popular dengan nama onde-onde. Kalau bulan puasa, banyak kuih ni kat bazar Ramadan. Kali ni saya nak tunjuk kuih onde-onde yang disediakan sempena sambutan nisfu Syaaban kat kampung saya malam ni. Kami sekeluarga menyediakan kuih tradisi ni...



Nak buat onde-onde...kena sediakan bahannya dulu yer. Secara umumnya kena siapkan tepung beras pulut dulu. Boleh diwarnakan dengan warna kesukaan..merah, hijau, kuning dan sebagainya. Kena ada gula Melaka atau 'nise' dan kelapa parut..


Masukkan gula Melaka tadi dalam tepung sebagai init macam dalam gambar tu..Kemudian dibentuk bulat, masukkan ke dalam air yang sedang mendidih. Apabila masak, onde-onde tu akan timbul ke atas.


Dah siap pun...sekejap jer tu...angkat kemudian golek-golekkannya atas kelapa parut.


Sekarang dah boleh dimakan..
Tengoklah model onde-onde tu makan..hehe..
Budak-budak sekarang bukannya suka makan
kuih klasik macam ni..Kita kena perkenalkan kepada mereka agar kuih ni
tetap dikenali oleh generasi akan datang.


3 comments:

  1. Orang belah beris kubur besar ramai yang panggil kuih "kekoh cha"!

    ReplyDelete
  2. eh rare la. slalu buat warna hijau. heheh

    ReplyDelete
  3. wahh..warna warni..hehe..selalunya buat warna hijau je..sedap kalau makan time bukak puasa ni..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.