expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, June 26, 2014

Perbarisan rumah sukan


Setiap kali diadakan kejohanan olahraga, acara perbarisan rumah sukan juga sangat dinanti-nantikan oleh semua. Mana taknya... semua pasukan cuba menunjukkan kelainan pada sentuhan kreativiti bagi menarik perhatian juri. Apapun, sekalung tahniah kepada semua pasukan perbarisan atas komitmen anda berlatih kawad dalam kekangan waktu latihan. Juga kesungguhan anda menyiapkan aksesori setiap ahli perbarisan sehingga ada yang terpaksa mengorbankan masa rehat sendiri. Saksikan...

















Keputusan pertandingan acara perbarisan rumah sukan pada tahun ini...Johan rumah Hanafi (hijau), Naib Johan Maliki (merah), ketiga Shafei (biru) dan keempat Hambali (kuning). Menang kalah, adat pertandingan. Apa yang sangat penting adalah semangat berpasukan. Saya percaya, acara ini akan dikenang sampai bila-bila terutamanya pelajar tingkatan 5 kerana ini adalah tahun terakhir anda sebagai pelajar SMKAM. Tahniah!

1 comment:

  1. teringat dulu kena marah sebab tak bawak baju suka...hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.