expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, June 4, 2014

Sheppy Farm, Melor


Bermula dengan hobi memelihara 2 ekor biri-biri berharga RM950 setelah selesai menduduki spm 2010, kini Farhan sudah memiliki lebih 80 ekor biri-biri pelbagai baka. Begitulah berkat kegigihan seorang anak muda dari Melor, Kelantan ini mengusahakan SHEPPY FARM miliknya sendiri. Siapa sangka,hobinya dulu telah menjadi sumber pendapatan pula.



Terdapat pelbagai baka biri-biri di sini. Antaranya Balbados, Blackbelly, Dorper, dan Santaines. Padang ragut yang luas sekitar ladang ternakan ini juga memudahkan kerja menternak. Selain meragut sendiri, biri-biri ini juga diberi makan rumput dan hampas soya segar.



Harga seekor biri-biri ini adalah mengikut saiz dan baka. Biasanya biri-biri betina muda saiz standard, dijual dengan harga RM 400 hingga RM 600. Bagi yang bersaiz besar dan baka tertentu, ada dijual dengan harga sehingga RM 1500. Menurut pelajar Diploma Perakaunan UITM ini juga, SHEPPY FARM ada menyediakan perkhidmatan untuk sembelihan aqiqah. Penghantaran percuma bagi kawasan Melor, Ketereh dan Peringat.



Semoga Farhan berjaya menguruskan SHEPPY FARMnya. Bekas pelajar SMKA Melor ini juga sedang menunggu peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang perakaunan. Ternyata hobi dan minat seseorang itu boleh mendatangkan pulangan dan hasil yang baik sekiranya diusahakan dengan gigih, bijak dan terancang.


Lembu pun ada juga kat sini



Bagi anda yang berminat untuk melihat sendiri SHEPPY FARM, bolehlah berkunjung ke Kampung Kubang Bongor, Melor, Kelantan. Ataupun boleh hubungi Farhan untuk sebarang pertanyaan atau tempahan di talian 0136367349. Selamat maju jaya Farhan!
[FOTO & INFO: FARHAN]

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.