expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, July 13, 2014

Blog KM7 hilang?



Apa perasaan anda kalau setiap kali nak buka blog sendiri, keluar imej macam kat atas ni? Tentu sedih dan kecewa kan...Itulah yang terjadi kepada saya beberapa hari ni. Usahkan nak update entri, nak tengok blog sendiri pun tak boleh.huhu...Apa masalahnya?



Gara-gara pakai domain sendiri.. .com, kemudian terlepas pandang atau terlupa bila tarikh kena renew, maka blog kena sekat. Bukan masalah host domain iaitu NetKL, tapi masalah saya sendiri yang tak check email. Ada banyak email peringatan supaya saya renew domain tu. Hmmm apa boleh buat, perkara dah jadi kan..



Apabila blog dah tak boleh buka, maka dengan segeranya saya bayar untuk renew. Tapi...untuk blog beroperasi dan dapat diakses semula mengambil masa antara 12 hingga 72 jam pula. Masa entri ini ditulis, dah masuk 2 hari tak boleh buka blog. Cuma kadang-kadang jer boleh buka. Kiranya belum pulih sepenuhnya lagi...

Bilangan pengunjung blog terus menjunam. Maklumlah blog tak dapat diakses. Saya memohon maaf kepada semua pengunjung blog yang tak jumpa atau tak boleh masuk ke blog Kembaraminda7.com dalam beberapa hari ini. Segala kesulitan amat dikesali. Semoga blog ini dapat beroperasi seperti sediakala.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.