Thursday, July 17, 2014

Meja batu untuk raya?


Raya dah dekat, jom buat persiapan dari dalam sampailah kat luar rumah. Tengok tu...meja batu yang saya beli untuk raya.Hehe..saja kasi gempak dengan warna merah lagi. Macam nak sambut Tahun Baru Cina jer nampak.Opsss.. sebenarnya dah lama beli ni, sebelum puasa lagi. Amacam cantik tak? Saja beli letak kat laman rumah. Boleh lepak-lepak waktu petang.


Meja batu ni ada 4 buah kerusi. Berat juga tu..tak mudah terbalik kalau ditolak oleh budak-budak kecil. Paling best...ada lukisan bunga timbul pada kerusi dan meja. Harga satu set cuma RM 200. Menurut jurujualnya, cat meja ni tahan lama sebab menggunakan cat kereta. Baguslah macam tu...jangan beli setahun terus pudar warna pula yer.


Haaa....raya ni bolehlah lepak-lepak kat sini sambil makan biskut raya.hehe...Kat laman rumah saya ni teduh jer waktu petang. Jadi tak payah letak payung kat meja batu tu. Oh ya...ada 3 warna semuanya meja ni. Merah, kuning dan hitam. Asalnya saya nak yang warna hitam, matching dengan warna rumah, tapi dah habis.huhu... Takpelah lain kali kita beli yang colour hitam pula.Ok...selamat berpuasa.

7 comments:

Shaiful Zaidi said...

cantiknya meja..

Normi Nieza said...

cantik..:)

Sop Nama Saya said...

boleh lepak2 minum ptg nih...

sukiman said...

saya berkenan...cantik

Mummy-Ann said...

Cantikk.. saya pun nak cari satu.. Boleh tahu berapa rm KM beli? :)

Elvy Nellysha said...

cantiklah!
:)

F-fa Norifah said...

Beli kat mana? boleh bagi contact no tak? sy berkenanlah