Saturday, August 30, 2014

Dekorasi laman rumah


Memiliki laman rumah sendiri memang menjadi impian kebanyakan orang. Biarpun halaman rumah itu sempit, tapi sebolehnya dimaksimakan penggunaannya. Apatah lagi kalau memiliki halaman rumah yang luas, maka ruang untuk dekorasinya lebih banyak asalkan mempunyai modal yang banyak. Entri kali ini saya paparkan laman rumah seorang rakan sekerja saya, dikenali sebagai G di Kota Bharu, Kelantan. Kolam ikan yang diserikan dengan pokok menghijau dan pancuran air itu sememangnya memberikan suasana yang damai. Boleh juga menikmati panorama indah pada waktu malam dengan pancaran sportlight di sekelilingnya.



Susunan rimbunan pokok menyerikan lagi laman


Kerusi dan meja batu untuk bersantai pada waktu lapang


Anjung depan rumah yang bersih dan kemas


Anjung tepi rumah dengan pasu dan kerusi putih yang nampak sepadan


Anjung belakang rumah juga dihias dengan pokok-pokok
dan kerusi rehat. 


Taman hiasan yang sering dijaga penampilannya.

Terima kasih kepada G yang sudi berkongsi idea tentang laman rumahnya. Biarpun sibuk dengan tugas seharian, tapi masih sempat memastikan anjung rumah dan taman hiasan sentiasa terjaga. Selain mencantikkan kawasan rumah, aktiviti tersebut juga dapat merehatkan minda di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan. Selamat menghias laman rumah masing-masing.

2 comments:

Sentiasa Panas said...

Memang cantik, tapi kosnya berapa tu..hehe

Destur Amd. Kep said...

indah sekali dekorasinya pak