expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, August 8, 2014

Sampul duit raya


Masih dalam bulan Syawal, mood raya ada lagi ker? Jom tengok sebahagian daripada koleksi sampul duit raya yang saya dapat tahun ni. Kesemua sampul duit raya ni diperolehi daripada saudara-mara dan kawan-kawan yang menghulurkan duit raya buat anak-anak saya. Selain itu, banyak juga sampul yang diberi oleh pelajar saya...wah terharunya....terima kasih kepada semua penyumbang sampul duit raya ni.



Macam-macam corak dan warna


Antara koleksi...Sogo, DIGI, RHB, Etiqa dan ECPI


Jakel, Parkson, De Alfa, FGV, CIMB







Ada beberapa lagi koleksi sampul duit raya yang saya baru dapat, tak sempat dimasukkan dalam entri ini. Nantilah..kalau sempat, dalam entri akan datang saya akan paparkan. Kepada yang nak menyumbang sampul duit raya kepada saya tu...dialu-alukan, dan didahului dengan ucapan terima kasih...Selamat mengumpul kepada mereka yang mempunyai hobi yang sama. Semoga koleksi ini berguna untuk tatapan generasi akan datang.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.