Monday, August 4, 2014

Terpadamkah pelita Syawal?


Syawal semakin bertambah bilangan harinya. Kemeriahan dan kegembiraan semakin beransur pergi apabila bebanan kerja mengambil alih suasana. Pelita-pelita raya yang menghiasi malam-malam sebelum dan semasa raya juga sudah mula suram cahayanya....Itulah peredaran masa. Tidak menunggu kita, justeru nikmatilah waktu-waktu dan kesempatan yang ada untuk sesuatu yang indah untuk dikenang.


Pelita raya di halaman rumah saya juga secara rasminya telah disimpan bermula hari ini. Biarpun cuma ada 5 batang buluh pelita yang dipasang sepanjang musim raya kali ini, tapi ia cukup meninggalkan kenangan buat kami sekeluarga. Suluhan cahayanya sepanjang seminggu sebelum raya dan beberapa hari semasa sambutan raya cukup memberikan nostalgia untuk saya, isteri dan anak-anak.


Yang tinggal kini hanyalah kenangan. Kalau diberi kesempatan ruang waktu dan rezeki, in sha allah tahun depan kita akan mengulanginya lagi. Sesungguhnya Ramadan dan Syawal setiap tahun akan menggamit memori setiap insan yang menghayati dan ingin mengerti akan kehadirannya. Buat anak-anakku..simpanlah secebis kenangan ini sebagai tanda kita pernah menikmatinya bersama.

1 comment:

Ogy Sijemariseni said...

Acara wajib pasang pelita... saya pun pasang supaya anak2 rasa kemeriahan raya :)