expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, September 5, 2014

Buah-buahan zaman dulu


Nostalgia sungguh bagi sesetengah orang apabila dapat melihat semula buah-buah yang pernah dilihat atau dimakan suatu waktu dahulu. Saya sendiri pernah merasa buah-buah yang dikategorikan sebagai buah hutan ini. Sekarang bukan senang nak dapatkan buah-buah ini. Mungkin masih ada di sesetengah tempat. Generasi muda patut diperkenalkan buah-buahan yang pernah dimakan oleh nenek-moyang mereka dahulu. Saksikan beberapa keping foto buah dulu-dulu yang sempat saya rakam.



Buah Jias

Rotan Manau

Belimbing Buluh...masam...boleh dibuat masakan

Buah Piah
Di Kelantan ada satu tempat bernama Kedai Piah.

Tampoi...adakah buah ini berasal dari Tampoi, Johor?

Katok Tangga...sungguh unik nama buah ini.

Buah Ara

Buah Perah

Buah Berembang

Buah Mundu

Timun Tikus
Boleh makan ker buah ni?
Pokok ini banyak menjalar kat pagar rumah saya sekarang.

Buah larak atau juga dikenali sebagai buah tepe
Masa budak-budak dulu selalu juga makan buah ni

Kelat Samak

Buah Rotan....sedap juga ni
cuma rasanya agak kelat

Buah kabung...bulan puasa banyak dijual,
dimasukkan dalam minuman ABC..sedap.
Di tepi buah kabung tu adalah buah kelapa laut.

dan akhir sekali,
Buah Nipah.

Semoga entri kali ini dapat mengembalikan nostalgia anda.
Juga memberi info kepada generasi muda.
Sesungguhnya negara kita kaya dengan kepelbagaian flora dan faunanya.

1 comment:

  1. salam .boleh saya tahu panggilan buah tepe bagi nama buah larak tu dari daerah mana? sebab saya pernah guna nama tsbt di patani

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.