expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, November 16, 2014

Jatuh cinta pada Instagram


Entri ini saya nak kongsikan beberapa keping gambar yang saya dah upload dalam instagram saya hari ini dan semalam. Walaupun dah lama ada akaun instagram, tapi saya aktif semula sejak beberapa bulan ini. Serius nak beritahu, saya dah jatuh cinta dengan dunia instagram berbanding FB.Huhu...Kenapa dah jatuh cinta dengan instagram?



Banyak sebab, antaranya...saya boleh kongsikan gambar-gambar saya dengan mereka yang mempunyai minat yang sama..Tambahan pula apabila mendapat respon yang positif daripada follower kita tu tentang gambar yang kita upload. Saya cuba untuk follow beberapa instagram dari luar negara yang memaparkan pemandangan menarik, juga kepelbagaian budaya di tempat lain.


Pada masa yang sama, saya boleh promosikan makanan, budaya, tempat menarik atau apa saja tentang Malaysia kepada masyarakat antarabangsa melalui gambar yang saya upload. Kira macam duta kecil la ni...hehe..Harap-harap sumbangan kecil kepada negara ini mendapat sokongan semua pihak.


Jadi kepada yang baru berjinak-jinak dengan instagram... teruskanlah kerana anda boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk banyak tujuan yang baik.


Setiap gambar yang dipaparkan itu ada ceritanya tersendiri, 
dan menyimpan seribu satu kenangan. Orang kata...
biarlah gambar berbicara. 


Kepada yang nak mengikuti instagram saya, silakan...
id saya: ghazalikm7
semoga mendatangkan kebaikan kepada semua.

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.