expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, November 19, 2014

Tahniah Imdad


Alhamdulillah, tahniah Imdad kerana mendapat tempat ketiga dalam kelas, juga tempat ketiga dalam keseluruhan darjah 3, peperiksaan akhir tahun 2014. Hari ini telah diadakan majlis anugerah kecemerlangan sekolah, dan saya telah meluangkan masa menghadirinya, biarpun terpaksa mengambil cuti pada hari ini. Tak pernah lagi ambil cuti tahun ni...inilah kali pertama...huhu...takpelah untuk memberi sokongan dan motivasi kepada anak...



Selain mendapat tempat ketiga, Imdad juga mendapat hadiah terbaik bagi subjek Sains dan Bahasa Inggeris bagi keseluruhan darjah 3. Berita baik juga, tahun 2015 nanti Imdad akan naik kelas, 4 J iaitu kelas pertama daripada 2 kelas.Tahun depan juga Imdad telah dilantik menjadi pengawas sekolah. 


Sebagai tanda penghargaan, lepas majlis tadi saya bawa Imdad dan Ardini ke kedai KFC berdekatan.



Semoga perkembangan positif ini akan berterusan pada 
masa-masa akan datang. Terima kasih kepada guru-guru yang sentiasa 
memberi tunjuk ajar, dan kepercayaan pihak sekolah melantiknya sebagai pengawas 

3 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.