Wednesday, December 31, 2014

Banjir 2014 di kampung saya


Salam sejahtera semua. Rasa macam dah lama pula tak update blog. Maklumlah sibuk menghadapi banjir. Sebelum ni tengok orang lain jer terlibat dengan banjir secara langsung, tapi kali ni saya sendiri mengalaminya. Betullah kata pepatah...Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.  Banjir terburuk dalam sejarah Kelantan. Banyak kawasan mengalami banjir teruk. Saya tidak akan mengulas banjir di daerah lain, cuma sebahagian kecil cerita tentang banjir di kampung halaman saya sendiri. Semoga perkongsian ini menjadi kenangan buat keluarga kami dan generasi akan datang.




Beginilah keadaan air di luar rumah saya pada pagi Jumaat 26 Disember 2014, sewaktu kami sekeluarga melangkah kaki keluar dari rumah untuk berpindah. Barangan dalam rumah tak sempat untuk diangkat ke tempat yang lebih tinggi kerana kami tidak menjangkakan air akan naik sedalam itu. Untuk keselamatan kami sekeluarga, kami redah juga air tu keluar dari rumah. Nyawa lebih penting daripada segala yang ada dalam rumah!


Cepat betul air naik. Cuaca pada malam dan pagi tersebut cerah sahaja, tiada hujan. 
Rupanya air tersebut adalah dari limpahan sungai 
dek hujan lebat di daerah Gua Musang dan Kuala Krai.


Banjir tahun ini memang luar biasa. Di tempat saya tiada hujan tapi air telah naik sedalam itu. Depan mata sendiri, beberapa buah rumah di kampung saya paras air telah mencecah paras bumbung. Kalau paras air sedalam itu, bayangkan apa yang terjadi dengan segala-galanya di dalam rumah tersebut.


Kami keluar dari rumah sebelah pagi, tapi tengahari itu saya kembali semula ke rumah untuk melihat keadaan banjir. Tengoklah air dah berada pada paras dada saya, Sedih betul apabila air mula memasuki ke dalam rumah.


Ini rumah ibu dan adik saya di kampung yang sama. Seumur hidup saya, rumah keluarga saya ini tidak pernah dinaiki air sedalam ini. Pendek kata, tak pernah kena banjir sebelum ini.


Keesokannya, Sabtu 27 Disember 2014, saya mendapat tahu air telah memasuki rumah saya dan paras air dalam rumah pada paras lutut. Sedihnya...hanya Tuhan yang tahu. Habislah perabot, pakaian, makanan dan sebagainya dalam rumah tu...tak sempat diselamatkan.


Ini juga pemandangan di kampung saya di tempat yang lebih rendah


Rumah dua tingkat ini pun sudah dinaiki air hingga ke tingkat dua


Sekolah di kampung saya...juga di  hadapan rumah saya, Air melebihi paras kepala orang dewasa. Gambar ini dirakam oleh seorang rakan yang berperahu di kawasan tersebut. 


Masjid di kampung saya


80 peratus kampung sudah dipenuhi air.


Sesungguhnya banjir kali ini mempunyai 1001 cerita yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Sungguh besar kuasaNya menentukan setiap kejadian di muka bumi dan alam ini. Semoga kejadian banjir luar biasa ini memberi kesedaran buat kita semua. Saya bersyukur kerana masih lagi mempunyai kediaman selepas banjir. Ramai mangsa banjir di Gua Musang dan Kuala Krai sana yang mengalami kerosakan rumah yang teruk, dan lebih sedih lagi ada yang kehilangan terus rumah kediaman mereka. Semoga entri ringkas ini ada manfaatnya...menjadi kenangan seumur hidup. Terima kasih kepada yang mengerti!

5 comments:

sukiman said...

Semoga KM sekeluarga tabah menghadapi dugaan.

Saya doakan KM sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Sedih saya melihat rumah KM terlibat dengan banjir.

Sebenarnya bila mendengar berita banjir di Kelantan terus saya teringat rumah KM dahulu...(kemudian barulah rumah saudara mara saya di Kelantan.

Semoga air banjir ini cepat surut...Amin.



pB said...

Kampung mano ni??
Macae beso kelih jah ...

Pen Tekan Admin said...

minta kebenaran untuk kongsi link dengan blog ni. Saya dah memasukkan link blog ni dalam bloglist saya

http://pentekan.blogspot.com

whitecappuccino said...

Allahuakbar! Semoga KM dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini. banjir ini memang luar biasa. Memang sedih tapi inilah realiti. Segalanya mungkin dengan kuasa Yang Maha Esa.

sud@is said...

Subhanallah tak terkata, semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik dimasa-masa yang tidak diketahui berkat kesabaran saudara-saudara yang terkena musibah termasuk saudara