Thursday, December 18, 2014

Banjir di Kelantan


Hujan tanpa henti malam tadi menyebabkan banjir di kebanyakan tempat di Kelantan. Rata-rata pengguna dalam media sosial hari ini telah memuatnaik gambar mahupun berita pasal banjir. Saya pun nak berkongsi jugalah pasal banjir, tapi sekadar gambar-gambar yang dirakam sekitar rumah hari ini.Hehe..Gambar kat atas tu, anak saya bangun jer pagi tadi terus main air kat depan rumah.



Inilah pemandangan kat depan rumah saya, yang menghadap ke padang sekolah. Air telah pun penuh di padang sekolah. Air hujan jer tu, bukan air sungai.


Sejuk betul air ni...hehe


Banjir kali ni besar juga la kot...
Biasanya air kat jalan di depan rumah saya ni takdelah sampai ke situ.


si kecil ni memang suka dengan air.
Budak-budak lah kan...
Inilah peluang main air...lagipun cuti tahun ni kita tak pergi mana-mana waterpark lagi.


Petang pun main air lagi...
Hari ni tak hujan pula dari pagi sampai ke petang,
maka air kat depan rumah ni pun surut juga.



Saya suka gambar ni...
Dirakam pada petang tadi.
Semoga mangsa-mangsa banjir di mana jua anda berada,
bersabar dan tabah menerima ujian ini.

2 comments:

Aqilah Azmi said...

Alahai happiii nya main banjir ekeke

sukiman said...



Saya nak balik ke besut esok pagi...harap-harap tak banjir