expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, February 16, 2015

Sesi bergambar kembali lagi



Jom..jom...bergambar. Amboi suka la tu kalau dapat bergambar beramai-ramai. Ini bukan penggambaran filem yer, tapi penggambaran untuk majalah sekolah yang berjudul TAQWA untuk edisi 2015. Anak-anak pelajar ni memang kreatif kalau bab bergambar...macam-macam aksi. Nasib baik ada guru penasihat majalah yang terpacak kat set penggambaran untuk memastikan gambar-gambar yang dirakam tu sesuai dan beretika.Huhu...




Nampak tak pengarah filem projek penggambaran?.....bercekak pinggang lagi tu memberi arahan. Mesti garang tau! Kalau tak, adalah anak-anak ni yang cuba mengambil kesempatan melengah-lengahkan proses penggambaran. Apapun, tahniahlah sebab slot penggambaran yang dijadualkan hari ni berjalan lancar.



Antara lokasi pilihan tahun ni....Hmmm tempat yang sama ker dengan tahun-tahun sebelum ni? Takpe lah kan, lagipun sekolah kita taklah luas sangat. Pusing-pusing jumpa tempat yang sama. Hehe..Lokasi sama takpe sebab krew majalah ada idea yang sangat hebat untuk edit gambar-gambar yang dirakam. Nantikan...



Bagi yang dah meninggalkan alam persekolahan tu...tinggal kenangan je lah yer! Belek-beleklah majalah sekolah yang lama tu, tengok wajah-wajah kalian yang muda remaja masa bergambar dulu. Kepada krew TAQWA 2015....buatlah yang terbaik kerana hasil tangan anda tahun ni akan menjadi kenangan buat semua warga sekolah suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.