expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, February 10, 2015

Sticker pada buku latihan pelajar


Apa khabar semua? Rasa macam lama benar tak buat entri baru.. Sejak dua menjak ni banyak betul aktiviti dan halangan yang menghalang daripada saya membuat entri baru. Tengoklah kat meja tu....buku-buku latihan pelajar yang sedang menunggu untuk disemak. Itulah rutin harian seorang guru, tak lepas daripada buku-buku latihan pelajar. Kali ni tak payah cerita pasal banyak buku untuk disemak...tapi nak cerita pasal sticker pelbagai warna kat buku latihan tu!



Setiap tahun saya memang melekatkan sticker pelbagai warna pada buku-buku latihan pelajar. Tujuannya bukan untuk kelihatan berwarna-warni, tapi ada makna tersendiri. Kalau mengajar banyak kelas, maka banyaklah buku latihan pelajar. Penuh meja guru setiap kali pelajar menghantar buku latihan. Sticker tu sebenarnya bertujuan untuk membezakan antara kelas-kelas. Satu warna bagi satu kelas.

Kan senang untuk kita asingkan buku-buku tu nanti. Nak suruh pelajar ambil buku latihan kat meja kita pun senang...takdelah buang masa tercari-cari. Sticker ni sesuai diletakkan pada buku-buku latihan pelajar yang sering kita minta mereka hantar. Dalam seminggu tu sekurang-kurangnya pelajar menghantar dua buah buku latihan bagi setiap kelas.

Selain mudah untuk pengasingan...warna sticker yang pelbagai ni juga dapat mencantikkan pandangan di meja guru. Sekurang-kurangnya dapat menaikkan motivasi guru untuk memeriksa buku-buku latihan pelajar. Hmmm cubalah buat...anda akan berasa seronok nanti..hehe...

3 comments:

  1. Rajin cikgu....jarang saya jumpa cikgu lelaki buat gini...tahniah...
    Saya lekatkan sticker 2 warna untuk 2 buah buku berbeza, subjek saya menggunakan 2 buah buku latihan, jadi utk membezakannya, lekat sticker berbeza. tapi setiap kelas sama ja... kena tambah ni..mcm cikgu buat. betul juga...1 kelas 1 warna...

    ReplyDelete
  2. Tindakan yang bijak. Kalau tak memang pening kepala nak semak..

    ReplyDelete
  3. sy pun guna sticker jgk nak membezakan buku2 bg subjek yg saya ajar.. senang, dari jauh dah tahu.. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.