Monday, April 20, 2015

Bagai Mencurah Air ke Daun Keladi

Mohamad Hazir 4IS

Entri kali ni bukan pasal aktiviti menanam pokok lagi. Tapi ada kaitannya juga dengan pokok. Nampak daun keladi tu? Yang biru tu pula air yang sedang menitis. Kalau pelajar sekolah mesti dapat teka peribahasa yang saya maksudkan...Bagai mencurah air ke daun keladi. Maksud peribahasa ini ialah nasihat yang sia-sia. Nasihat memang perlu dalam kehidupan untuk kesejahteraan bersama. Tapi bukan semua orang pandai memberi nasihat, juga bukan semua orang boleh terima nasihat. Nasihat atau teguran yang tidak diendahkan ini boleh disamakan dengan bagai mencurah air ke daun keladi.



Mohamad Hazir 4 IS

Anak-anak sepatutnya mendengar nasihat dan teguran ibu bapa. Hal ini demikian kerana setiap teguran itu ada kebaikannya. Tidak ada ibu bapa yang sengaja ingin melihat anak-anak mereka terlibat dengan perkara-perkara yang boleh menjejaskan masa depan anak mereka sendiri. Justeru, teguran diberikan untuk menyedarkan hal-hal yang tidak sepatutnya dilakukan oleh anak-anak. Ingatlah, ibu bapa adalah orang yang berpengalaman dan pernah menjadi remaja suatu ketika dahulu.

Jadi eloklah anak-anak atau generasi muda ini mendengar teguran dan nasihat daripada ibu bapa mahupun mereka yang lebih dewasa. Jangan biarkan nasihat yang disampaikan itu bagai mencurah air ke daun keladi.


No comments: