Monday, April 6, 2015

Dah bayar cukai ker belum?

 

Alhamdulillah...lega rasanya apabila selesai mengemukakan atau menghantar borang cukai ke LHDN. Biarpun e-Filing ini dibuka sejak 1 Mac lagi, tapi malam ni baru berkesempatan menyelesaikannnya. Sungguh mudah dan cepat mengisi borang cukai e-Filing ini.


Mengisi e-Filing bagi taksiran 2014 ini lebih mudah, ringkas dan cepat berbanding tahun-tahun sebelumnya. Saya teringat masa e-Filing mula-mula diperkenalkan dulu...bukan main pening nak isi yer...Bagi yang tak berapa cekap mengisi secara online mesti terasa bebanannya.

Tapi sekarang...apabila dah biasa mengisi secara online, takde masalah pun...hehe...Bagi pakcik dan makcik, boleh suruh anak cucu bereskan.

Saya percaya dah ramai yang selesaikan e-Filing ni. Yang dah dapat bayaran balik pun dah ada..Senangkan...sebab bayaran balik tu dimasukkan terus ke nombor akaun yang diberikan. Jadi apa tunggu lagi, kepada yang belum membereskannya jangan tunggu saat akhir. Bimbang juga berlaku kesulitan apabila mengisi 'last minute' ni..

Maklumat lanjut KLIK SINI

Ok.....Bagi Borang Nyata individu pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan, tarikh tutup 30 APRIL 2015.  Sama-samalah membayar cukai....


2 comments:

Muhammad Khairuddin Lim said...

Tq atas ingatan bro

JR said...

e-Filing dah hantar ke LHDN minggu lepas. Kalau ikut perkiraan sendiri macam tak banyak kena bayar, lagi pun ada potongan berjadual setiap bulan. Tapi bila LHDN kira balik nanti mungkin jawapan yg kena bayar jadi lain, hehehehe...