Tuesday, April 14, 2015

Robot Kuih Raya

Keratan Utusan Malaysia 13 April 2015

Saya memang gemar mengikuti hasil ciptaan usahawan inovasi iaitu Zull Design Autotronic (ZDA). Beliau seorang yang hebat kerana sering menghasilkan ciptaan dan inovasi yang berguna kepada masyarakat. Dalam kolum inovasi edisi 13 April 2015 Utusan Malaysia, beliau memperkenalkan satu lagi ciptaan terbaharu iaitu Robot kuih raya. Wah...nama mesin tu pun dah menarik kan! Semestinya sesuai untuk menghasilkan kuih raya dalam kuantiti yang banyak.


Keratan Utusan Malaysia 13 April 2015

Kakak-kakak atau makcik-makcik boleh menghasilkan kuih raya dengan banyak yer untuk raya kali ini. Usahawan-usahawan pun boleh mengambil peluang buat bisnes kuih raya tahun ini dengan menggunakan robot kuih raya. Dah namanya robot...mesti dapat buat kerja dengan cepat,  kerja dalam jangka masa yang lama tanpa mengadu kepenatan. Sudah tentu urusan membuat kuih raya menjadi lebih seronok.

Dengan menggunakan mesin ini, biskut dapat dihasilkan dengan cepat dan banyak. Pastinya dapat menjimatkan masa. Boleh hasilkan biskut antara 6000 hingga 10,000 keping sehari. Wah...banyak tu. Bagus kalau nak buat bisnes kuih raya. Nak guna mesin ni pun senang, cuma perlu tukar acuan mengikut jenis kuih yang ingin dihasilkan.

Dunia dah berubah, banyak mesin baru dihasilkan untuk memudahkan pengguna. Kalau dulu nak sambut raya sibuk kat dapur menyediakan biskut, sekarang ni boleh guna robot kuih raya untuk menyiapkan biskut raya. Senang lagi, beli jer kat kedai biskut yang dah siap dijual.Haha...


1 comment:

JR said...

Tapi kadang2 sesuatu yg dihasilkan segera tidak setanding dengan rasa sesuatu yg dihasilkan perlahan dan berhati-hati. Misalnya pembuatan dodol pakai mesin tak sama dengan rasa dodol yang dikacau berjam-jam..