expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, April 18, 2015

Ros kuning sedang berkembang


Sejak bilalah pula minat tanam bunga ros ni? haha...sejak dua menjak ni lah. Dah lama minat dengan bunga ros ni, cuma takut jer nak tanam. Bimbang pokok tu tak nak hidup, pembesaran terbantut atau tak mahu mengeluarkan bunga. Saya selalu bayangkan ros ni sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi macam Cameron Highlands jer. Masa pergi ke kedai bunga semalam, terlihatlah ros kuning yang comel. Maka apa lagi...beli terus! Sukanya...tanam pokok yang dah berbunga ni..



Bukan beli yang dah siap tanam dalam pasu yer. Beli asing-asing, balik tanam sendiri. Kos sepasu tu cuma RM 18.50..murah kan...Kalau beli rokok pun dapat sekotak jer, habis hisap takde apa-apa..(ops..saya tak merokok!) Tapi kalau beli bunga, sekurang-kurangnya dapat tengoklah hasilnya. 

Harga pokok bunga ros tu cuma RM 12. Pasu yang comel tu RM 5 dan tanah hitam untuk satu beg plastik RM 1.50. Harga mungkin berbeza di tempat lain, saya beli kat nurseri yang selalu kami beli pokok bunga. Oh ya harga tu tak dikenakan GST.



Buat masa ni baru ada sepasu ros kuning kat rumah. Tengoklah nanti kalau pokok ni boleh hidup subur dan berbunga cantik, boleh beli lagi yang lain. Kalau anda ada pengalaman menanam pokok bunga ros, bolehlah kongsi tips yer..


3 comments:

  1. Saya lebih suka ros merah kerana sejak kecil lebih sinonim dengan ros bewarna merah...

    ReplyDelete
  2. Jeles lah pulak bila saya tengok . blh la buat idea ni bila raya nanti ...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.