Monday, April 13, 2015

Segalanya Nanas


Tiba-tiba jer saya suka makan produk yang dihasilkan daripada nanas. Hmmm sedapnya! Minum jus nanas pada hari panas boleh menghilangkan dahaga. Rasanya memang lazat. Tengoklah timbunan buah nanas kat atas tu. Kalau dapat nanas yang manis, boleh dimakan begitu saja. Bagi yang kreatif memasak, boleh cipta pelbagai resepi berasaskan nanas.



Sekarang ni macam-macam produk dihasilkan daripada nanas. Selain jus, nanas juga dibuat float, karipap, waffle, slurpee, aiskrim dan macam-macam lagi. Jadi tak hairanlah kalau buah nanas mendapat permintaan yang tinggi. Masa sekolah dulu saya belajar Geografi, negeri Johor ialah pengeluar nanas utama di Malaysia. Sekarang ni masih ker? Orang Johor mesti tahu ni..



Ini juga produk yang dihasilkan daripada nanas. Jus nanas dalam tin, kiub nanas dan jem nanas. Saya beli 3 barang tu bersama t-shirt kuning pineapple cuma RM 10, diisi dalam beg kertas yang comel. Murah kan...Kiranya nak promosi nanas lah ni..Oh yer, saya beli masa satu ekspo di Kota Bharu baru-baru ni. Pendek kata..segalanya nanas. Eh...rasa nak tanam pokok nanas pula kat rumah.Hehe...


5 comments:

Shaiful Zaidi said...

Elok tanam...lps ni xyah beli..hehehe

Muhammad Khairuddin Lim said...

nanas oh nanas

Mona Lea said...

suka makan nenas dalam tin yang di beli di pontian. letak dalam peti sejuk dulu.sedapnya....

Yaya Azura said...

lor..semua nanas..hehe..
jus nanas pun sy takut2 nak minum..aiskrim nanas cmne pula rasa agaknya..

yusuflaili(Goku) said...

salam;
kalau di tempat saya Sarawak ada pesta nanas di bandar sarekai dan pesta ada dalam calendar pelancongan negeri Sarawak di adakan tiap tiap tahun