expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, May 13, 2015

Jom kitar semula


Ramai yang makan gula-gula kemudian pembalutnya dibuang merata-rata. Sebilangan kecil saja yang memasukkan kulit pembalut gula-gula tu ke dalam tong sampah. Hmmm... perlu ada kesedaran untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Satu cara...macam dalam gambar tu...kitar semula kulit gula-gula tu untuk dijadikan bunga hiasan. Selain dapat mengurangkan sampah buangan, hiasan ini boleh diletakkan di atas meja. 



Pelajar saya, Nur Aisyah dari tingkatan 4 IS mengambil inisiatif mengitar semula kulit pembalut gula-gula menjadi bunga hiasan. Bagus...satu usaha yang patut dipuji dan dicontohi. Sesiapa saja yang berminat, boleh mengembangkan kreativiti dengan menghasilkan apa jua hiasan daripada bahan buangan. Apa yang penting, ada minat dan kerajinan.

Semoga kesedaran tentang penjagaan alam sekitar ini dapat menjaga alam kita untuk dinikmati generasi akan datang. 


3 comments:

  1. Saya tak pernah terlintas pulak...

    idea yang bagus...kreatif

    ReplyDelete
  2. cantik dan menarik serta boleh di jadikan bunga berwarna warni

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.