Tuesday, August 18, 2015

Petua makan durian



Sekarang musim durian. Sedap betul makan durian...tambahan pula kalau dapat makan buah durian yang segar dari ladang. Ada kebun sendiri bolehlah  merasa keseronokan mengutip durian dan terus makan. Bagi yang tidak mempunyai kebun durian macam saya ni, kenalah beli....Masalah yang sering timbul apabila mengisi buah durian dalam kereta ialah baunya yang lambat hilang. Boleh pening dibuatnya...Saya ada penyelesaiannya....



Itu dia.....ada seorang rakan memberikan petua yang berguna....Ambil beberapa helai daun pandan, letakkan dalam bonet kereta anda...Pastikan semua durian sudahpun dikeluarkan terlebih dahulu. In sha Allah, keesokan harinya kereta anda takkan ada lagi bau durian. Yang tinggal...aroma daun pandan yang menyegarkan.



Kalau dapat durian isi kuning macam ni...hmmmm sedapnya!
Banyak sangat makan durian, badan jadi panas.



Petua orang dulu-dulu, untuk mengelakkan badan panas selepas makan durian, eloklah masukkan air ke dalam kulit durian tu untuk diminum. Betul atau atidak....cubalah sendiri....Ok...selamat menikmati keenakan buah durian...

3 comments:

Normi Nieza said...

good sharing..:)

Shaiful Zaidi said...

Bagus petua ni..tq

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualaikum...KM7,

sedap nyer durian tu.. isi kuning tu. Terbaik.. yum2..

mselim3