expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, September 30, 2015

Mee goreng 'terpaksa' di hari raya


Cewah...nak tunjuk skill memasak ni...goreng mee jer pun! Haha...sila percaya saya lah yang sedang memasak tu. Adegan ni sebenarnya berlaku semasa hari raya Aidiladha baru-baru ni. Alkisahnya, sementara menunggu daging siap diproses, laparlah pula...jadi kita masak mee goreng sebagai alas perut. Semua orang sibuk menyiapkan bahan untuk memasak daging aqiqah. Maka saya yang macam takde kerja nak buat ni dipaksa menggoreng mee. Bahan-bahan semua dah tersedia, saya cuma perlu campakkan saja ke dalam kuali. Dan hasilnya.....



Dah siap! bolehlah rasa. Hmmm mestilah sedap, maklumlah first time masak haha....Takpelah...kena paksa goreng mee pun, janji menjadi dan boleh dimakan. Kat sebelah mee goreng tu ada pulut yang dibalut dengan daun pisang, kemudian dikukus yang dipanggil pulut dakap. Yang dalam bekas plastik kecil tu pula tapai...Hmmm sedapnya!



Tiba masanya kami siapkan daging untuk dimasak. Kali ni kami masak daging sup dan daging goreng sempena majlis aqiqah anak saudara saya. Penatnya....petang baru siap dan boleh dimakan.Huhu....Itulah alkisahnya pada hari raya pertama....

1 comment:

  1. Haha Ada ye mee goreng terpaksa :P
    Haih kenapalah baca entry nie malam malam macam nie. Lapo pulak dah --'

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.