Tuesday, September 8, 2015

Petua membeli buah dokong



Apakah ciri yang menjadi keutamaan apabila membeli buah dokong? Pastinya kita inginkan buah yang dibeli itu tidak rosak dan mempunyai rasa yang manis. Saya ingin kongsikan petua untuk memilih buah dokong yang manis. Semasa membeli, pilihlah buah yang masih ada semut di sekeliling tangkai atau buahnya. Kalau semut-semut tu dah tak ada, pilih buah yang ada tanda kehitaman seperti dalam gambar kat atas.



Tanda atau bekas hitam pada buah itu menandakan semut-semut pernah berada di situ. Buah dokong ini pastinya mempunyai rasa yang manis. Semut kan suka pada benda-benda yang manis. Anda boleh cuba rasa sendiri buah dokong yang ada tanda hitam dan yang tiada tanda hitam tersebut. Bandingkan rasanya.....

Satu lagi..kalau musim hujan, biasanya buah dokong berasa tawar. Saya dah banyak kali terkena, membeli buah dokong semasa musim hujan. Hmmm...tawar rasanya. Mungkin ada ada petua-petua lain pasal buah dokong ni, bolehlah kongsi bersama.


2 comments:

beat said...

oo..br saya tau..tq na.

Nadratul Syazwana said...

Buah dokong ni camne eh? Macam biasa nampak tapi tak pernah dengar.