Friday, October 23, 2015

Bunga Ros Jepun yang Cantik


Bosan melihat jerebu di luar rumah atau pejabat? jom kita segarkan mata dengan melihat bunga ros Jepun yang cantik. Pokok bunga ros Jepun ni mungkin menjadi 'kegilaan' sesetengah orang untuk menanamnya sebagai koleksi. Masa saya kecil dulu, dah ada spesis pokok bunga ni...cuma bunganya biasa-biasa saja...tapi sekaramg makin banyak spesis yang cantik-cantik mula ditanam di halaman rumah, pejabat, sekolah dan sebagainya. Lebih hebat lagi, siap ada 'group' khusus untuk peminat ros Jepun ni!


Kalau ikut sejarah, pokok ni berasal dari Argentina, Brazil mahupun Uruguay..tapi macamana pula dapat nama ros Jepun tu? Ada sesiapa boleh tolong jawab? Kalau di tempat saya pokok ni dikenali sebagai bunga pukul sepuluh sebab kita dapat lihat bunganya berkembang pada pukul sepuluh pagi! Makin petang makin layu, esok kuntuman lain pula akan berkembang. Tapi ada juga spesis yang tahan sehingga lewat petang baru layu..

Macam-macam warna ada. Pink, merah, kuning, purple, putih dan ada juga kombinasi 2 warna pada sekuntum bunga. Memang cantiklah...Pokok yang sukakan cahaya matahari ini sangat senang untuk ditanam. Melalui biji benih pun boleh....melalui keratan batang pun boleh. Apabila dah membiak, jangan lupa untuk mencantas pucuk-pucuknya supaya berlaku pertumbuhan ranting yang baru.



Pokok ros Jepun ni boleh ditanam kat tanah, dalam pasu, mahupun pasu yang digantung. Ada yang menanam pokok ros Jepun dalam tayar terpakai, nampak cantik juga!Terpulang kepada citarasa masing-masing. Elakkan daripada air bertakung kerana boleh merosakkan batang dan akarnya. Jangan lupa siram 2 kali sehari untuk kesegarannya. Pasal baja, disarankan agar menggunakan baja jenis cecair kerana kalau guna baja biji akan merosakkan batang pokok.

Selamat menanam....semoga taman anda juga berseri dengan kehadiran Ros Jepun!


No comments: