Wednesday, October 7, 2015

Pemanis Stevia RCC



Entri kali ni saya nak review sikit pasal Stevia sweetener. Saya bukan stokis, ejen mahupun ahli Stevia, cuma baru saja menggunakan Stevia ni. Itupun setelah diperkenalkan oleh saudara-mara yang dah lama menggunakannya. Peringkat awal tu rasa semacam jer sebab tak semanis gula. Tapi setelah beberapa hari menggunakannya, kita boleh menyesuaikan diri dengan pemanis semulajadi ni. Apa kebaikan pemanis Stevia ni?

Banyak jugalah....antaranya 0% kalori, dapat mengimbangi gula dalam darah, meredakan sembelit, senggugut, semput, resdung dan cirit-birit. Paling best...tidak menyebabkan kerosakan gigi dan membuang kolestrol, asid dan toksin. Itu antara testimoni pengguna sebelum ni. Saya sendiri...tak tahulah sebab baru jer guna.


Satu titis kemanisannya bersamaan 3 sudu teh gula. Semua dah maklum kesan negatif sekiranya kita mengambil gula secara berlebihan. Jadi kepada penggemar gula dalam minuman, bolehlah menggantikan gula tu dengan pemanis semulajadi Stevia ni. Satu atau dua titis Stevia boleh dimasukkan ke dalam 200 ml minuman. Senang cerita, titiskan satu titis Stevia ke dalam secawan air. Kemudian bolehlah diminum macam biasa.Hehe...

Macamana nak dapatkan Stevia ni? Hmmmm senang jer nak beli sebab ramai yang dah jadi ejen sekarang ni. Cubalah Stevia...mana tahu ada kebaikannya untuk kesihatan kita.

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi Kak Na: 01114980127