expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, December 28, 2015

Mencari Mickey Mouse di Tadika


Budak-budak dah tak sabar nak masuk sekolah semula. Maklumlah, semua baru... macam nak sambut raya pula. Yang baru nak masuk alam persekolahan, tak kurang seronoknya. Kami baru sempat daftarkan Sadiq di sebuah tadika untuk persekolahan 2016. Buat bayaran pendaftaran, uniform sekolah, buku dan yuran sejumlah RM 325. Baju dan seluar sekolah pink! hehe...pakai sajalah, dah tema sekolah ni pink.



Sporting la Sadiq, suruh posing untuk bergambar pun ok jer. Harap-harap tahun depan rajin dan suka datang ke tadika ni. Belajar rajin-rajin yer. Oh ya, anak ketiga kami ni baru genap 5 tahun bulan 12 tahun depan. Kiranya dalam kalangan murid 5 tahun nanti, dialah paling muda.



Sebelum pulang, sempat tengok gambar murid-murid yang pernah belajar di tadika ni. Ardini pun bersekolah kat sini juga dulu. Kiranya kedatangan ke tadika ni, mengimbau kenangan lamanya lah. Satu soalan Sadiq sebelum balik, kenapa kat luar tadika ada gambar Mickey Mouse, tapi kat dalam tu tak jumpa pun dengan Mickey Mouse. Huhu..budak-budak ni..terfikir juga macam tu. Nampaknya tadika ni kena ada maskot Mickey Mouse la kalau macam tu.Hehe...


3 comments:

  1. Hehehe.. tajuk entry ni best.. ;)
    Tak kisah warna baju apa pun, yang penting semangat nak bersekolah.. ;)
    Ceria tengok Sadiq dengan uniform sekolahnya.. ;)

    ReplyDelete
  2. saya membalas kunjungan n done follow sini
    terima kasih kerana letakkan link blog saya dalam senarai blog list =)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.