expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, December 29, 2015

Peringatan kepada pemilik kereta


Peringatan mesra ini untuk diri saya sendiri dan pemilik kereta semua. Semuanya berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa dalam mengendalikan kereta. Kalau kereta kita tu terasa lain macam jer, tidak seperti hari-hari biasa prestasinya, eloklah dibawa terus ke bengkel atau rujuk kepada mana-mana mekanik bertauliah atau yang dipercayai.

Beberapa hari lepas Waja Campro saya tu macam bermasalah jer masa nak start. Sebelum ni dengan sekali start saja dah hidup enjin. Kali ni beberapa kali start baru hidup. Kebetulannya dah lebih hampir 1000km untuk diservis. Tangguh punya tangguh dan hari itulah saya memang ada pasang niat nak pergi ke pusat servis.

Alkisahnya kami singgah makan di satu kedai makan. Masa nak balik, tak boleh start langsung! Alamak...macamana ni. Dahlah masa tu isteri dan anak-anak pun ada bersama. Nasib baik kereta tu tak mati enjin masa kat atas jalan. Fikir punya fikir, terlintas di fikiran nak call seorang mekanik yang saya dah biasa minta dia baiki kereta. Kebetulan dia berada tidak jauh dari tempat tu. Dia datang dan check.. rupanya bateri dah habis. Huhu

Brother ni lah tolong beli bateri baru dan menukarnya. Hmm... bayangkan kalau tak ada orang yang nak tolong, dan kita pula tak tahu pasal kereta, macamana yer? Peringatan di sini, kalau kita rasakan kereta tu perlu dibawa servis dan sebagainya eloklah buat terus. Jangan bertangguh, silap haribulan kereta rosak di tempat yang sukar untuk mendapat pertolongan. huhu...

Lepas tukar bateri dan hantar keluarga balik rumah, saya terus ke pusat servis untuk servis kereta. Biasalah kereta dah lama ni, jangan abaikan pasal servis. Macam oranglah, kalau dah berumur tu sakit sana sini. Ada juga terfikir, nak tukar kereta baru sempena 2016 ni. Kereta apa yer yang sesuai untuk saya? Saya minat juga dengan Hyundai Sonata ! Haha...angan-angan jer tu...



Bestnya kalau dapat kereta ni sebuah. 



3 comments:

  1. bangun pagi tadi nak keluar ke pasir mas tetapi kereta Preve abe kie x leh start. abis bateri lah tu selepas 3 1/2 thn guna. cpt2 naik motor gi cari kedai bateri berdekatan..rabaklah poket..

    ReplyDelete
  2. Tu lah.. perempuan ni lagi lah.. dah rasa lain pun kadang main naik jugak.. nak2, kalau nak cepat..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.