Monday, February 29, 2016

Pusat Pendaratan Tanjung Kuala, Pantai Sabak


Kali pertama berkunjung ke Pusat Pendaratan Tanjung Kuala di Pantai Sabak, Kelantan hati telah terpaut dengan keindahan landskap bot-bot nelayan dengan pelbagai ukiran, corak dan warna. Saya ke sini tanpa dirancang. Tak tahu pun tentang kewujudan pusat pendaratan hasil laut di sini. Pada masa tersebut kelihatan banyak bot nelayan di jeti-jeti sepanjang Tanjung Kuala. Kalau ke sana sewaktu nelayan membawa pulang hasil tangkapan laut, tentu keadaan lebih meriah. Saya berharap akan berkesempatan lagi ke sana suatu hari nanti.





Kepada yang ingin melihat dengan lebih dekat lagi kehidupan nelayan dengan bot-bot yang cantik, bolehlah ke sini. Letaknya berdekatan saja dengan pantai Sabak. Cubalah ke sini, pasti memberikan pengalaman yang menarik. 



1 comment:

Pokcik Blogger said...

cantik dan menarik. Terasa ingin ke sini untuk merakam gambar landskap dan alam sini