expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, June 9, 2016

Jus Kurma SMS


Jus Kurma segar dari ladang! Akhirnya dapat juga merasa jus kurma yang segar dan sedap ini. Sebelum ni saya hanya membaca mengenainya dalam FB saja. Maklumlah nak beli jauh... kedainya nun di Paka, Terengganu. Saya namakan Jus Kurma SMS sebab pemilik kedainya ialah Siti Maisarah Saifuddin, bukan orang lain pun, bekas pelajar saya juga dulu. Tahniah Sarah kerana dah jadi usahawan berjaya. Kebetulan Sarah buat road tour Jus Kurma dari Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis, sempat juga singgah hadiahkan jus kurma kepada saya. Terima Kasih!



Antara testimoni penggemar jus kurma yang terdiri daripada pelbagai golongan. Memang bagus minum jus kurma ini, bukan sahaja sepanjang Ramadan untuk berbuka puasa malah selepas bulan puasa pun boleh diamalkan meminum jus kurma yang baik untuk kesihatan.







Kepada anda yang berada di Terengganu, khususnya Paka, bolehlah berkunjung ke Kedai Kurma dan Makanan Sunnah Siti Maisarah binti Saifuddin. Bermacam-macam jenis makanan sunnah terdapat di sini. Tempahan untuk doorgift makanan sunnah juga diterima. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus atau WhatsApp, Sarah: 01119448532.



1 comment:

  1. macam best je. kalau boleh delivery ke sungai buloh selangor nak juga order untuk pasar mini tempat saya kerja ni.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.