expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, October 6, 2016

Selamat Berpisah Papa Lie


Akhirnya berpisah jua.... demi tugas! Selama hampir 11 tahun menjadi rakan sekerja, bukan sedikit kenangan yang kita bina bersama. Suka duka mendidik anak bangsa demi sebuah kejayaan yang didambakan, akhirnya terhenti di sini. Apapun ini bukan pengakhiran sebuah cerita selagi masih bergelar pendidik. Mulakan perjuangan di tempat baharu dengan situasi yang berbeza. Tahniah buat bekas rakan sekerja, Tn Hj Ghazali, atau lebih mesra dalam kalangan pelajar dengan gelaran papa atas kenaikan pangkat sebagai Guru Kanan Bahasa. Semoga bintang ini terus bersinar di sekolah baharu.









Selamat berpisah papa Lie. Simpan sahaja segala kenangan bersama kami warga SMKAM di  sudut hatimu. Selamat maju jaya dalam apa jua tugasan yang mendatang. Selamat Berpisah!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.