Thursday, November 24, 2016

Trend Menu Jamuan Akhir Tahun Sekolah Sekarang



Masa saya jadi budak sekolah tahun 80an dan 90an dulu, kalau jamuan akhir tahun mesti ada mee atau bihun goreng. Ditambah dengan agar-agar kosong warna merah, hijau dan kuning. Air pula, sirap atau oren sahaja. Tapi budak-budak sekolah sekarang, jamuan akhir tahun mereka siap dengan kek, pizza, sate dan chicken chop. Air pula pelbagai perisa bersama puding dan cocktail. Hmmm berbeza sungguh. Apapun terima kasih kepada kelas 4 IR 2016 yang menjemput saya ke jamuan akhir tahun kelas mereka. Semua menu yang disediakan itu sedap belaka! Tahniah kepada semua yang berjaya mengadakan jamuan ini. 













Terima kasih! Jumpa lagi tahun hadapan, SPM 2017


2 comments:

nana liena said...

salam cikgu..
pertama kali datang sini. salam kenal.

untung juga budak sekarng dan cikgu dapat makan sedap-sedap belako. rezeki..
tapi betul la dulu zaman kitaorang pun tak ada la gah macam ini. ada bihun/mee kuih semua kek pun tengok la siapa rasa nak sponsor beli lah.

ewanthology said...

Siap ada sate tu... meriah dan mewah :-)