Thursday, January 12, 2017

Apa yang Menarik di Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman?


Kalau berkunjung ke Kemaman Terengganu, jangan lepaskan peluang untuk singgah di Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman. Biarpun tidak setanding dengan Zoo Negara, tetapi cukuplah sekadar untuk berekreasi bersama ahli keluarga.  Saya dan keluarga juga baru pertama kali sampai ke sini. Dibuka bermula 9 pagi hingga 5 petang. Tiket masuk untuk dewasa RM 10, kanak-kanak RM 7 dan pelajar RM 6. 







Antara haiwan yang ada di sini ialah pelbagai spesies burung, buaya, harimau, gajah, rusa, ikan, ular dan orang Utan. Memang sesuai bawa anak-anak untuk melihat haiwan ini dari jarak dekat. 





Kolam mandi pun ada. Jadi bagi mereka yang ingin mandi-manda di sini eloklah bawa pakaian yang sesuai. Bayaran masuk juga dikenakan untuk mandi di sini. 



Kemudahan seperti gerai makanan, tandas, surau dan taman permainan untuk kanak-kanak juga disediakan untuk kemudahan para pengunjung. 





Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada mereka yang tercari-cari tempat yang ingin dikunjungi semasa berada di Kemaman. Selamat bercuti!


3 comments:

Shahida Dzulkafli said...

Menarik tempatnya.. memang sesuai bawa keluarga beriadah..

Jun Zie said...

menarik, kmudahan surau pun ada. redup mata mmandang tgk view skeliling =)

Kak Mahh said...

Masuk list untuk akan datang.