Sunday, January 15, 2017

Loteng @ Teluk Chempedak Waktu Malam


Pertama kali singgah di sini, ada kelainan pada namanya, Loteng. Terletak di pantai Teluk Chempedak, Kuantan. Kalau datang pada siang hari kita dapat melihat pemandangan pantai Teluk Chempedak dari bahagian atas restoran ini. Waktu malam lagilah meriah di sini apabila ramai pengunjung memilih untuk bersantai pada waktu malam di Teluk Chempedak.



Antara menu yang terdapat di sini, kebanyakannya western. Saya hanya mencuba Loteng Signature Drinks dan funfries. Harga, macam dalam gambar di atas. Tempat ini sesuai untuk bersantai bersama rakan-rakan atau keluarga.



Dekorasi dalamannya pun menarik juga. Siap ada bantal lagi kat atas tu. Untuk hiasan saja, bukan untuk tidur yer! Tingkat pertama restoran ini adalah tertutup tapi masih dapat melihat pemandangan di luar melalui cermin dinding, manakala tingkat kedua ruang terbuka, sesuai untuk menghirup angin malam yang nyaman.







Siap minum di Loteng, jom kita jalan-jalan di sepanjang pantai Teluk Chempedak. Ramai betul pengunjung yang datang ke sini pada waktu malam. Kalau ingin membeli-belah pun boleh juga kerana terdapat banyak kedai yang menjual pelbagai barangan kepada pengunjung. Jadi kalau berkunjung ke Kuantan, bolehlah singgah di Teluk Chempedak.