Wednesday, January 25, 2017

Sticker Logo Blog KM7


Alhamdulillah, sticker yang ditempah sudahpun sampai. Bersemangat saya buat sticker logo blog Kembara Minda7.com ini. Hehe... macamlah blog popular sangat! Sekadar suka-suka saja nak buat untuk koleksi sendiri. Sticker logo blog ini saya nak lekatkan di tempat-tempat yang difikirkan sesuai. Pastinya bukan di pasar raya atau stesen bas! Lekatkan pada buku-buku dan alat tulis sendiri jer pun! Sticker berpelekat sendiri ini murah saja... mampu beli.



Sticker ini saya tempah dengan Nur Indah Sticker. Harga bagi sekeping sticker bersaiz  4 cm cuma 10 sen. 100 keping RM 20, manakala 200 keping RM 30 termasuk pos laju. Boleh berunding pasal design dan sebagainya. Satu lagi yang bagusnya, sticker ni sekejap jer siap. Memang puas hati, murah dan cepat.



Bolehlah bergaya dengan logo blog sendiri. Haha...



Kepada yang berhasrat untuk menempah sticker sebegini bolehlah berhubung dengan Nur Indah Sticker seperti nombor yang tertera dalam gambar di atas. 


1 comment:

Tedi InterpretZZ said...

Sungguh cool... i like it.. aha aha

Tedi menabung di sini
\(^0^)/