Meow kami demam dan cirit-birit. Selera makan juga hilang. Ditambah pula murung dan sedih setelah kematian abangnya baru-baru ini. Hari ini kami sempat membawanya ke klinik haiwan, iaitu Klinik Haiwan Kota, di Padang Enggang, Kota Bharu. Meow diberi 3 jenis ubat minum dan disuntik sejarum!
Buka mulut...buka mulut...
Makan ubat yer!
Kucing pun kena suntik juga tau!
Ok dah selesai... ramai pula yang turut sama ke klinik kali ni
Kita bagi makanan special sikit, supaya Meow ada selera makan.
Semoga Meow cepat sembuh.
3 comments:
Semoga Tuhan memurahkan rezeki saudara kerana saudara telah berbuat ehsan terhadap makhluknya
Nama dia memang meow ke?
Terima Kasih Halim Saufi
Betul... nama Meow, sebab senang nak panggil.Hehe
Post a Comment