expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, February 21, 2017

Majlis Graduasi SMKAM ke-2 Sesi 2016


Ekslusif koleksi foto peribadi saya sempena Majlis Graduasi kali ke-2 sesi 2016 yang berlangsung di sekolah pagi tadi. Meskipun beberapa hari sebelumnya warga SMKAM masing-masing penat bertungkus lumus membuat persiapan terakhir, semuanya terubat dengan kelancaran majlis yang penuh gilang gemilang. Alhamdulillah majlis tadi telah berjaya dilangsungkan dengan perasmian oleh Tuan Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan. Semoga ia menjadi kenangan terindah kepada calon SPM 2016. Memori bersama selama 5 tahun di SMKAM berakhir di sini, namun kemuncaknya pada 16 Mac 2017 nanti! Sama-samalah kita nantikan.























Koleksi foto booth pameran dan jualan PERTIMA akan saya kongsikan dalam entri akan datang. Tahniah kepada pelajar tingkatan 5 yang menerima sijil graduasi hari ini. Juga tahniah kepada semua yang memberi komitmen sehingga majlis ini berjaya direalisasikan. 


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.