expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, July 13, 2017

Jom Buat Setem Sendiri


Seronok kan kalau boleh buat setem sendiri. Bukan khayalan lagi, memang menjadi kenyataan, gambar sendiri dah boleh dijadikan setem. 20 keping setem kat atas tu cuma RM15. Setiap satu setem bernilai 60 sen dan boleh digunakan untuk sebarang urusan pos. Tahniah Pos Malaysia atas inisiatif menarik ini. Saya dah buat setem ni... tengoklah setem tu, gambar raya kami sekeluarga!






Saya buat setem ni di sekolah semasa kunjungan Pos Malaysia untuk aktiviti Kelab Setem dan Filateli. Sambutan menggalakkan daripada ahli kelab, pelajar dan guru-guru. Masing-masing tidak ketinggalan untuk mengabadikan foto sendiri mahupun bersama keluarga pada setem.





Bukan satu tapi dua set saya buat setem! haha... Setem di atas tu adalah koleksi terbaharu dan terkini. Cuma RM 26. Memang cantik... sayang pula nak poskan surat guna setem-setem tu. Mungkin saya akan framekan saja untuk koleksi peribadi.



Untuk maklumat lanjut, bolehlah berhubung dengan Pos Malaysia.
Jom buat setem sendiri.
Your Beautiful Memories, Now On Stamp!

5 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.