Sunday, October 22, 2017

Jom ke Pantai Merdeka


Ada satu lagu lama, kalau tak salah saya nyanyian kumpulan Tropika, dalam liriknya menyebut nama  Gunung Jerai, Tanjung Dawai dan Pantai Merdeka. Gunung Jerai saya dah sampai. Jadi Tanjung Dawai dan Pantai Merdeka tu sentiasa terlintas di fikiran, suatu hari nanti saya mesti ke sana. Alhamdulillah, sampai juga akhirnya kedua-dua tempat itu. Cantik tak Pantai Merdeka ni?


Pemandangannya memang cantik, terutamanya pada sebelah petang. Kita dapat melihat ketenangan pantainya dikelilingi pulau-pulau kecil (saya tak tahu nama). Masa kami ke sana, waktu tengah hari, jadi agak panas. 



Ada taman permainan kanak-kanak dan padang yang luas sesuai untuk aktiviti berkumpulan. Oh ya, untuk ke sini selain dari jalan darat, kita juga boleh menaiki bot dari Tanjung Dawai dengan bayaran RM 3 seorang untuk satu hala. Tak lama pun, perjalanan 3-5 minit sahaja.



Banyak kedai menjual barangan cenderamata termasuk kedai pakaian, mainan kanak-kanak, makanan dan sebagainya. Tempat makan pun banyak. Bolehlah cuba ABC mangkuk besar, atau ada juga kedai meletak nama ABC Gunung Jerai. 







Seronok menaiki bot dari Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka



Nampak tak ABC tu?



Laksanya pun sedap. Jadi kepada anda yang berkunjung ke Sungai Petani, eloklah pergi juga ke Pantai Merdeka untuk melengkapkan lagi jadual percutian. 

No comments: