expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, July 14, 2020

Saya Memilih Basikal MTB Kootu untuk Bersantai


Macam tak percaya pun ada, saya mula melibatkan diri dengan aktiviti berbasikal. Kalau nak dikira, sudah berusia untuk aktif berbasikal, tapi tak apalah kita kayuh perlahan-lahan sekadar untuk bersantai sambil menyihatkan badan. Dijadikan cerita, saya pun belilah sebuah basikal di Wan's Cycle di Pasir Tumbuh.


Sebenarnya ada beberapa orang rakan sekerja yang sudah menceburkan diri dalam aktiviti berbasikal. Betullah kata orang, kalau berkawan dengan mereka yang ada hobi tertentu ini, kita pun boleh terdorong untuk menyertainya juga. Seronok juga apabila dapat menyertai kumpulan hobi yang sama ini. Sekurang-kurangnya dapatlah bercakap pasal hobi untuk mengurangkan tekanan kerja.



Saya memilih basikal MTB Kootu yang mana harganya mampu milik. Saya bukan tahu sangat pun pasal basikal. Kali terakhir menggunakan basikal pun masa sekolah rendah dahulu. Sudah lama tak berbasikal. Harap-harap bolehlah!



Terima kasih kepada rakan-rakan sekerja yang memberi sokongan moral. Lepas ni bertambahlah ahli group kita. Group ini aktif juga menunggang basikal setiap hujung minggu. Saya yang belum biasa ni akan mengambil masa jugalah untuk menyertai aktiviti group. Tak perlu terburu-buru, kita mulakan langkah demi langkah. Selamat berbasikal semua!

2 comments:

Syaz Rahim said...

Terbaik! Semakin fit la lepas ni

KM7 said...

Harapnya begitulah.