expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, July 19, 2020

Kenapa saya memilih untuk mengayuh MTB?


Kali pertama mengayuh basikal MTB ini terasa keseronokannya. Maklumlah sudah lama saya tidak menunggang basikal. Masa sekolah rendah dulu ada juga menunggang basikal ke sekolah. Sekadar mengayuh dalam kampung saja bersama-sama kawan-kawan. Sekarang, sudah ada MTB sendiri bolehlah berkayuh ke tempat-tempat yang pernah kita berbasikal masa kecil dahulu untuk mengembalikan nostalgia. 


Sudah banyak perubahan. Dulu selalu juga ke kawasan sawah tepi sungai ini. Sekarang sawahnya banyak ditumbuhi rumput dan lalang. Sungainya pula mengalir lesu. Banyak pokok-pokok kecil dan rumput sudah melitupi sebahagian tebing sungai. Saya cuma memerhati dari kejauhan kerana sukar untuk ke tebing sungai yang  banyak semak. Inilah antara kebaikan berbasikal, kita dapat mengayuh dengan santai ke tempat-tempat tertentu.

Kalau ada yang bertanya nama tempat dan sungai tersebut, biarlah menjadi tanda tanya. Bukan tujuan untuk mencari kekurangan, sekadar untuk mengimbau kenangan. Selain itu dapat juga merakam gambar untuk koleksi sendiri. Pastinya saya akan berkongsi juga dalam blog ini untuk rujukan pada masa akan datang.



Macam hangus terbakar kulit muka. Haha. Kayuhan solo santai ini taklah penat sangat. Boleh singgah di mana-mana saja, tak perlu kejar masa. Tapi jangan pula singgah minum-minum di kedai kopi. Hehe. Saya menunggang basikal ini pun hanya untuk suka-suka sambil beriadah. Jomlah sama-sama beriadah untuk kesihatan. Berhabis untuk menjaga kesihatan lebih baik daripada berhabis untuk merawat masalah kesihatan.

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.