Tuesday, August 24, 2010

Bapa sembelih anak 3 tahun di Kota Bharu

ADIK-BERADIK kepada kanak-kanak yang disembelih bapanya ditenteramkan saudara mereka di Kampung Sungai Keladi, Kota Bharu, pagi tadi. Mohd Adam Muzaffar Muhaimi, 3 tahun, mati di tempat kejadian manakala bapanya cedera di leher dipercayai akibat cuba menyembelih diri sendiri. - Foto Adnan Mohamad
Aug 24, 2010 4:37 pm

KOTA BHARU: Seorang bapa yang dipercayai sakit mental menyembelih anak sendiri berusia tiga tahun sebelum cuba membunuh diri di Kampung Sungai Keladi, dekat sini, pagi tadi


Dalam kejadian 11.50 pagi itu, Mohd Adam Muzaffar Muhaimi mati di tempat kejadian manakala bapanya cedera di leher dipercayai akibat cuba menyembelih diri sendiri.

Lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai pernah mendapat rawatan mental di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini.

Beliau yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di sini dipercayai sudah lama tidak mendapatkan rawatan penyakit mentalnya itu.


sumber:Berita Harian Online 24/8/10

6 comments:

diana said...

ish..dah tau laki nye
sakit mental
jagn le di tinggalkan
anak tu dengan dia..
mak dia orang tak de ke?
kadang2 dia orang ni nampak je macam dah sihat..
padahal benda tu boleh datang semula.tak tau nak cakap ape..
menyedihkan..

KM7 said...

sekarang ni
ramai yang sakit mental.
mungkin tekanan kerja
atau masalah rumah tangga.

ayuh
amalkan gaya hidup sihat.

MGMSabri said...

baca je pn dh seram dan sgt menyedihkan.

jauhi mental problem.

cikgu isza said...

mesti trauma bebudak tu..
banyak sangat orang sakit mental..
kalau tak diberi hak.. macam kita sisihkan pula tapi..
takut jadi macam ni lahhh..

Ummi Humaira said...

salam KM7...

mudah2an ank2 yg lain terselamat....

Jieda said...

haritu pun ada berita camni sekali.suami bunuh isteri,kali ni bapa pula bunuh anak.hmm....