![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjEQT9Z0l5eVELzAocz-Y2yl4GsuH3-pOrbUCPROYHKiK1Z7ruVlb3-Z2lbi4VjDUnRYEMlBssBmNpFRXF3UkgJblhstIe_btRl0tH6DQ3egErRyr4LSOJXntf_E5xi_D5K5hipF1AOQY_N/s400/a.jpg)
En3 kali ini KM7 ingin berkongsi 2 peribahasa yang
ada kaitan dengan daun.Jom sama-sama kita teliti.
001.
Daun mengenalkan pohonnya
maksud:
Daripada tingkah laku seseorang itu kita
dapat mengenali peribadinya.
contoh ayat:
Kita dapat mengagak bahawa dia gadis yang baik
daripada tutur katanya umpama daun mengenalkan pohonnya.
002.
Daunlah melayang,buah jatuh
ke perdu juga
maksud:
tidak sama kasih kepada anak sendiri
dengan kasih kepada anak orang lain.
contoh ayat:
Ibu tiri Amira menyayangi Fariza,anak kandungnya
daripada Amira, umpama daunlah melayang,buah jatuh
ke perdu juga.
cikgu bm ker ni??2-2 peribahasa kat atas xpernah dgr pun...
ReplyDeleteTo:Tomato Gurl
ReplyDeleteyup..
peribahasa tu mmg jarang digunakan.