expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, September 25, 2010

Gates paling kaya di AS


NEW YORK - Pengasas firma Microsoft, Bill Gates (gambar) kekal menjadi individu paling kaya di Amerika Syarikat (AS) untuk tahun ke-17 berturut-turut dengan anggaran kekayaan AS$54 bilion (RM167 bilion).

Senarai terbaru 400 individu terkaya di AS yang diterbitkan majalah Forbes kelmarin menunjukkan anggaran kekayaan Gates, 54, meningkat AS$4 bilion (RM12.4 bilion) daripada tahun lalu.

Paras minimum kekayaan untuk seseorang individu menyertai senarai 400 orang kaya itu pada tahun ini kembali kepada syarat AS$1 bilion (RM3.1 bilion) berbanding hanya AS$950 juta (RM2.9 bilion) yang ditetapkan untuk tahun lalu.

Berada di tempat kedua ialah pelabur Warren Buffett yang mempunyai anggaran kekayaan berjumlah AS$45 bilion (RM139.29 bilion) meningkat sebanyak AS$5 bilion (RM15.47 bilion).

Pengasas Oracle yang merupakan pengasas syarikat perisian komputer, Larry Ellison berada di tangga ketiga dengan anggaran kekayaan AS$27 bilion (RM83.57 bilion).

Pewaris rangkaian pasar raya Walmart, Christy Walton menduduki tempat keempat dengan anggaran kekayaan AS$24 bilion (RM74.29 bilion). - Reuters

sumber:Kosmo online 25/9/10

* * * * * * * * * * *
Coretan KM7

1. Wah.....kayanya dia.Kita ni tak masuk senarai pun.hahhaha....

2. Jangan lupa,kita semua turut menyumbang kepada kekayaannya.Betul tak?

3. Agaknya apalah yang Gates nak buat dengan kekayaannya itu.

4. Boleh dijadikan idola untuk memajukan diri atau dengan kata lain untuk menambah kekayaan diri atau keluarga.Ingat juga....dunia hanya sementara.Kejarlah dunia tapi akhirat jangan dilupakan.Amin.....


3 comments:

  1. bangsa yahudi memang pandai berniaga. Kita boleh contohi nilai yang baik dari mereka. Nilai yang buruk x payah ler ikut..

    ReplyDelete
  2. bgus en3 ni...mmm krole stuju ngan rafhan...yahudi mmg terer bab berniagani...sejak dari zaman rasulullah lagi...

    ReplyDelete
  3. Gates tu pemurah, dia kan dah berjanji nak derma separuh dari harta dia.

    Ada billionaire sampai jijk tengok duit. Cuba wiki 'Andrew Carnegie'

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.