expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, November 12, 2010

Peraduan JOM KEMBARA

Salam semua,
1.   Kali ini KM7 ingin membuat satu lagi peraduan..Tajuk peraduan:JOM  KEMBARA.alamak nak mengembara ke mana pula ni?hehe...tak ke mana-mana pun.Mengembara dalam blog Kembara Minda 7 saja.

2.   Caranya mudah saja.Anda cuma perlu beri satu cadangan :
   
      Ke mana KM7 perlu mengembara?dan 
Kenapa KM7 perlu mengembara ke sana?

3.    Ingat....cuma satu cadangan lokasi saja,tak kiralah tempat pelancongan ker,tempat beli-belah ker,tanah tinggi ker.pasar malam kat tempat anda ker.....mana-manalah..asalkan tempat tu memang wujud di alam nyata ini dan ada keunikan tersendiri(dengan kata lain,macam nak promosi tempat-tempat menarik yang anda rasa KM7 patut pergi).

4.    Jangan lupa...berikan alasan yang cukup kuat agar KM7 benar-benar tertarik dengan tempat tersebut.

5.    Tak perlu panjang-panjang...cukuplah beberapa ayat saja.Tak payah sertakan gambar yer...cukup hanya penerangan.Kalau boleh tempat yang nak dicadangkan tu,biarlah tempat yang anda sendiri pernah ke sana atau tempat tu berdekatan dengan tempat tinggal anda.

6.    Ok..senangkan.Syarat-syarat seperti berikut;
      a- Anda ada blog sendiri,dan menetap di Malaysia.
      b- Satu penyertaan sahaja bagi seorang blogger
      c- Jawapan mesti dinyatakan dalam ruangan komen sahaja.
  
7.   Tarikh peraduan bermula 9/11/2010 Selasa (8.48 pm) dan berakhir pada  12/11/2010 Jumaat jam 11.00 am.KM 7 akan memilih 20 orang pemenang..wow...ramai tu....Pengumuman rasmi pemenang akan dibuat pada hari Sabtu 13/11/2010.(masa tidak ditetapkan)

8.   Hadiah?...ada...sangat special...apa tu?hehe..takde lah pakej pelancongan seperti yang anda impikan tu.....Hadiahnya,,,satu key chain ekslusif Kembara Minda 7  ..ditempah khas untuk anda.Walaupun hadiah tak seberapa,penyertaan tu yang penting kan...(kalau rasa hadiah tu tak berbaloi...tak payah join la..hehe)

9.      KM7  sendiri akan memilih 20 orang pemenang..Semua pemenang akan mendapat hadiah yang sama...dan pemenang akan dimaklumkan nanti.Hadiah akan diposkan terus ke rumah pemenang

10.    Apa lagi...jom sertai peraduan ini.Selamat mencuba..Terima Kasih kepada yang sudi.....

21 comments:

  1. alang2 lokasi dekat dengan penulis/ blogger tue. hadiah boleh bagi direct je. kan? hehhe.. tue pun kalau dekat sangat la. kalo tak kene pos jugak la.. menarik.. =)

    ReplyDelete
  2. DESTINASI : Monkey Beach, Pulau Pinang

    BUTIRAN LANJUT : Diberi dua pilihan untuk ke Monkey Beach dari Taman Negara Pulau Pinang
    1)Jungle tracking - 2jam
    2)Menaiki bot - 20 minit

    AKTIVITI
    1)Banana boat
    2)Mandi-manda di tepian pantai yg indah
    3)JETSKI
    4)Jungle tracking ke Muka Head Light House

    KOS
    RM50 kalau menaiki bot utk pergi dan balik

    TIPS
    Bawa bekalan makanan/minuman sendiri kerana tidak ada penjual di sana

    selamat mengembara KM7

    ReplyDelete
  3. I'm in in this contesttt..!!! ^-^

    KM7 patut mengembara ke Gunung Kinabalu, Sabah.
    Kenapa?
    Well, GK adalah gunung tertinggi kat Asia. <--ayat skema time skul.
    de view? Superb!
    i can say dat coz panadol da penah sampai..hehe
    once u've been there, u wanna come back again..
    pecayalah..hehe

    mendaki Gunung Kinabalu is like, we are hiking for our dreams.
    if we can reach de peak and face all de dugaan, rintangan, kepenatan, kesejukan maknanya kita juga mampu capai all our dreams with all de spirit as we daki gunung kinabalu tue.
    insyaAllah.. ^-^

    i'm done!

    ReplyDelete
  4. Saya cadangkan KM7 mengembara ke :
    Taman Negara, Endau Rompin.

    Pelbagai aktiviti menarik yand ada kat sana seperti:

    - Jungle Trekking
    - Naik Bot
    - Campaign
    - Aktiviti memancing
    - Boleh menikmati kehijauan alam
    - Kalau bernasib baik boleh melihat binatang liar yang jarang dijumpai seperti gajah.

    Selamat mengembara cikgu..:)

    ReplyDelete
  5. Cadangan yang bagus2 ni...
    hmmm..Blogger lain ada jawapan lain?silakan...silakan...

    ReplyDelete
  6. baru nak cadangkan Maxwell Hill dah diana terlebih dulu..hehe.fikir lain dulu ek.

    ReplyDelete
  7. si biskut
    takpe..masih banyak waktu lagi.

    ReplyDelete
  8. saya join..

    saya syorkan KM7 untuk jelajah ke Taman Negara Gunung Stong, Dabong, Kelantan..

    Kenapa?

    1. taman negara ni ada 7 air terjun, tapi yg pernah pi air terjun jelawang coz yang ni paling femes dan paling tinggi (303m dr aras laut) Tak silap tertinggi di Asia Tenggara.

    2. macam2 aktiviti boleh buat, mendaki, berkelah, mandi air terjun, berkhemah, nak tengok view yang indah dari puncak gunung stong pon boleh..malah nak tengok spesis2 hidupan liar samaada binatang or pokok or buah-buahan pon ada kat sini..

    3. nak mai sini sangat senang, siap ade tour guide lagi bagi yang 1st timer datang sini..

    4. kalau mau naik keretapi, brenti saja di dabong. kalau dari kuala krai, boleh naik bot, ala-ala 'River Cruise', yang menyusuri hutan hujan dara menghala ke hulu sungai hingga sampai ke pekan Dabong. Otw ni, macam2 boleh tengok, view hutan yang begitu indah dan perkampungan masyarakat yang tinggal di hulu sungai. Silap2 boleh nampak Burung raja udang, helang dan kenyalang. Monyet pon ada, macam2 jenis pulak tu dan jangan tak tahu, gajah juga pernah dilihat di kawasan ini.

    5. last but not least, boleh pekena nasi kerabu yang sodap di pekan dabong..hehehe

    selamat mengembara..

    http://myapeapeaje.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. ohh, kalau org lain suggest tempat pelancongan, siti nak suggestkan tempat makanan yg best!

    jemput datang ke Temerloh bandar ikan patin~ :)

    pernah makan ikan patin masak tempoyak?? kat sini ada banyak tempat makan yg sedap². siti cadangkan KM7 mai sini dan try makan kat Kedai Pak Usop. kedai ni mmg femes dan banyak kali masuk dlm tv.

    Untuk datang ke kedai ni, KM7 perlu pegi ke bandar Temerloh sbb kedai ni terletak berhampiran dengan stesen bas henti-henti Temerloh. atau org sini panggil bas stand lame.
    Kedai ni terletak dalam deretan kedai makan yg lain dan berhadapan dgn sungai pahang.

    sbb ape saya cadangkan KM7 dtg sini dan try sendiri sbb ikan patin masak tempoyak ni mmg marvelous! tak caya sila tanye org temerloh. hehe, rugi kalau tak try sepinggan. :)

    ReplyDelete
  10. salam...

    saya hendak cadangkan agar KM7 berkembara ke kawasan pulau pula. cadangan saya ialah ke pulau tioman. antara perkara menarik yang boleh saya kongsikan dengan KM7 ialah:

    1) pulau tioman merupakan destinasi pelancongan yg terhebat di dunia
    2) ada pelbagai cerita menarik tentang kewujudan pulau ini
    3) terdapat banyak batu karang yang menarik
    4) terdapat byk perkampungan di sini yang pelbagai situasi
    5) banyak tempat penginapan yang hebat..saya ada kawan yang mempunyai resort di sini..hehee..

    jadi..untuk merasai kesemua perkara yang disenaraikan..KM7 kene pergi mengembara ke pulau tioman

    cuti2 malaysia...

    ReplyDelete
  11. semua cadangan best ni...KM7 kena sediakan bajet yg banyak ni nak gi melancong.hehe..
    Takpe kita tunggu cadangan2 yg lain pula.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. cadangan ads plak:

    rasanya KM7 patut g Pantai Kemasik plak. Dalam daerah Kemaman, di Terengganu

    apa yg menarik:
    pemandangan pantai yg cantik, perkampungan nelayan
    merasai suasana damai di kampung
    ada awana kijal berdekatan utk bermalam.

    diwaktu kelapangan, singgah kuala kemaman makan sata, otak², keropok lekor

    yg penting..ia adalah kampung nan tercinta...

    ** boleh skodeng blog ads, ada gambar² kat pantai..hehehe

    ReplyDelete
  14. nak join...

    que cadang gi la Desaru,Johor

    Tempat2 best sekitar Desaru

    Ostrich Farm - boleh tgk burung terbesar didunia..kalau nasib baik bleh tgk telur menetas ngan mata sndiri...

    Teluk Sengat - Tempat sejarah penting Johor Lama kat sini. Kawasan kampung nelayan dgn pantai yg cun. Seafood kat cni pon best..

    Desaru Fruit Farm - bleh tgk kebun buah2an n camane ternak lebah madu...Paling best byr 10 (ni dlu2 la) je...boleh mkn ape2 buah smpai kenyang tp xleh bw balik ok...

    Fisherman Museum - ni kat Tanjung Balau. bleh tgk la peralatn2 tok tngkap buaya...eh ikan...sesuai bw satu family gi musium...

    Fireflies Watching - Kat cni bleh usha berjuta-juta kunang-kunang berkelip-kelip kat area hutan bakau. Ini adalah satu-satunya tempat di Johor mana kunang-kunang boleh didapati.

    que lahir kat area cni...So kena promote ni...hehe..^^

    ReplyDelete
  15. pegi pasar malam bandar baru bangi...pilih je hari apa

    Sabtu & Ahad - Fasa 1
    Rabu & Jumaat - Fasa 4
    Khamis - Fasa 1 (pasar tani)

    :) datang la sini...boleh minum teh sesama

    ReplyDelete
  16. sy cdang pegy gunung senyum , pahang .

    +mgembara didalam gua senyum .
    +tak silap ade 7 jenis gua kat sane .
    +menarik .
    +pergi beramai2 lagi best :)
    +ta perlu bajet yang banyak , hehe

    km7 : ta mng tape . cume bg cdangan . hehe . hadiah mnarik gkkk :)

    ReplyDelete
  17. hmm..memang banyak tempat menarik di negara kita....
    ada sehari lg sebelum contest ni ditutup secara rasmi...
    harap2 ada lg cadangan2 lain...TQ

    ReplyDelete
  18. Cadangan: Grand Canyon
    Aktiviti: Mengambil gambar sambil melihat keindahan ciptaan tuahn

    ReplyDelete
  19. Skype nk bg cadangan jgkla...

    Skype cadangkan KM7 pergi ke Ana Ikan Bakar kat kuantan, pergh...ikan bakar dia sedap giler dan ANA ikan bakar nie paling femes kt ktn...tp yg lg pntng KM7 kena bwk Skype pergi skali..huhu...

    nti Skype tnjukkan jalan...hehehe..

    ReplyDelete
  20. Bagus kalau KM7 pegi melancong konsep Tour je. maksudnya singgah di mana saja tempa yang sesuai di sepanjang jalan, kelmudia bermalam.

    ReplyDelete
  21. cikgu,
    saya baru perasan cikgu ada buat contest utk percutian nih..buat la balik contest nih, saya ada tempat best nak tulis :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.