expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, September 24, 2010

Isteri mati, suami saman HUSM


KOTA BHARU - "Saya akan saman kerana kecuaian pihak hospital yang tertinggal kain kapas dalam rahim isteri saya selepas melahirkan anak telah menyebabkan saya kehilangan orang tersayang."

Itulah kata Musa Abdul Kadir, 44, yang mendakwa kecuaian pihak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian ketika melakukan pembedahan yang menjadi punca isterinya mati di hospital itu Selasa lalu.

Menurut Musa dari Kubang Kerian, isterinya, Aumil Khairri Abd. Razak, 44, yang melahirkan bayi keempatnya di HUSM pada pukul 7.03 malam 17 Ogos lalu mengadu sakit yang teramat di dalam perut tiga jam kemudian.

"Selepas ujian X-ray, doktor mendapati ada satu objek tertinggal di dalam perut selepas pembedahan melahirkan anak kami.

"Selepas memberi kebenaran, doktor HUSM melakukan pembedahan kedua pukul 2 petang pada 22 Ogos dan dua keping kain kapas berjaya dikeluarkan di sebelah kiri dan kanan rahim isteri saya," ceritanya lagi.

Menurutnya, pada 25 Ogos, isterinya mengalami demam panas dan meracau kerana terlalu sakit menyebabkan doktor memberinya ubat tahan sakit sehingga membawa kepada koma selama dua minggu sebelum meninggal dunia.

Sumber:Kosmo Online 24/9/10


* * * * * * * * * * *

1. Takziah kepada keluarga mangsa.

2. Semua pekerjaan ada risikonya,termasuklah di hospital.

3. Kecuaian boleh membawa padah.

4. Kita hanya merancang,tuhan yang menentukan.


5 comments:

  1. hospital really is a scarry place '-.-

    ReplyDelete
  2. ajal maut ketentuan tuhan. cuma kita insan biasa adakala tk mampu menerima bagaimana qada' dan qadar itu didramakan. slm takziah & Al-Fatihah

    ReplyDelete
  3. mmg sedih...hampir tiap2 tahun ada jer t'tingal..pisau,gunting,kain..

    ReplyDelete
  4. pastikan yg nak belah2 kite ni bukan pelatih...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.