expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, October 17, 2010

FELDA tawar pengurus rumah tangga ganti amah asing

KUALA TERENGGANU: Kepada mereka yang memerlukan khidmat pembantu rumah namun enggan mengambil pembantu rumah warga asing, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mempunyai jalan penyelesaiannya.

Pengerusinya, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor, berkata FELDA bersedia untuk menyediakan golongan pembantu rumah berkemahiran yang diistilah sebagai Pengurus Rumah Tangga daripada kalangan lelaki dan wanita pada sebarang peringkat umur.

"FELDA mengambil inisiatif ini sebagai usaha mengurangkan kebergantungan kepada pembantu rumah asing di mana kumpulan pertama terdiri daripada seramai 100 orang pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi akan diberi kursus.

"Mereka akan menjalani latihan kemahiran selama setahun mulai Januari depan yang akan dikendalikan oleh Yayasan Felda mengikut silabus berasaskan kemahiran," katanya semasa meraikan 106 bakal haji FELDA dari wilayah Terengganu di sini hari ini.

Yusof berkata, kursus seperti penjagaan kesihatan, memasak, penjagaan kanak-kanak akan ditawarkan secara percuma kepada anak-anak peneroka FELDA yang berminat tanpa had umur.

"Kita yakin sambutannya menggalakkan. Ia usaha Felda untuk beri peluang pekerjaan kepada masyarakat FELDA. Jawatan ini juga dihormati, dengan gajinya yang stabil, ada uniform dan berkemahiran," katanya.

Mohd Yusof berkata, anggaran minimum untuk perkhidmatan mereka ialah adalah antara RM700 hingga RM1,000 sebulan, bergantung kepada kemahiran Pengurus Rumah Tangga tersebut.

"Gaji mereka ini adalah murah berbanding caj untuk mengambil pembantu rumah asing beserta berbagai syarat.

"FELDA boleh janjikan yang mereka ini lebih boleh diharap, mampu dan lebih menenangkan majikan kerana majikan akan dimaklumkan tentang latar belakang mereka," katanya.

Beliau berkata, majikan juga boleh berbincang dengan Yayasan FELDA yang bertindak sebagai ejen kepada kumpulan itu mengenai syarat-syarat kerja. - BERNAMA

Berita Harian Online 17/10/10

* * * * * * * * * * * * *

KM7 rasa itu satu idea yang baik.

Selain dapat menyelesaikan isu mendapatkan pembantu rumah asing,

ia juga dapat memberi peluang pekerjaan

kepada warga tempatan, dan mengelakkan

pengaliran keluar RM kita ke negara luar.

Dengan adanya skim gaji yang menarik

termasuk penjenamaan semula pembantu rumah

kepada pengurus rumah tangga,

dengan beruniform,KM7 rasa perkara ini

dapat menarik minat golongan muda menceburi bidang ini.

Semoga usaha ini berhasil dan mendapat sokongan semua pihak.


2 comments:

  1. Satu idea yang baik,boleh menambat hati masyarakat setempat untuk menjadi pengurus keluarga.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.