Sunday, November 7, 2010

Malaslah nak tolong....

(foto:Google)

      Sebut pasal gotong-royong....ahh..malaslah nak tolong.Hmmm..betul ker?Kalau 'join' pun sajalah tunjuk-tunjuk muka,kot-kot kalau tak sertai nanti orang kata sombong pula.

      Ayat kat atas tu mungkin ada kena-mengena bagi sesetengah orang.Zaman sekarang ni memang susah nak cari orang yang betul-betul ikhlas buat kerja gotong-royong.Maklumlah masing-masing sibuk.Jadi masa lapang yang sedikit itu mungkin untuk hal-hal peribadi pula.

      Di kampung sekarang pun aktiviti gotong-royong ini tak berapa meriah lagi.Kalau ada pun, dalam kalangan warga tua saja.Habis tu ke mana orang-orang muda?Ada...cuma mereka nampaknya agak kekok untuk turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan ini.

      Orang-orang muda sekarang tidak banyak didedahkan dengan aktiviti gotong-royong.Mereka lebih suka mengadap buku,bersosial dengan rakan sebaya,atau berfacebook dan berblog.(ada yang marah ni kan....sorry).Kalau ada pun, aktiviti ini diterapkan di sekolah,IPT dan tempat kerja.Tapi bagaimana pula di kampung atau kawasan kejiranan?

      Banyak kebaikan gotong-royong ni tau!Marilah kita sama-sama bergotong-royong.....


3 comments:

si biskut said...

sikap malas nak tolong tuh dah menjadi satu trend di kalangan komuniti kita..ni kan plak nak gotong royong..skit jer yang datang.

KM7 said...

betul tu...
lainlah kalau disediakan mkn yg best2..
mesti ada yg tertarik nak tolong.

rainbowskittle said...

err saya orang muda. memang manyak main fb pon. hehe. nak suruh tolong ajak je, kekeke