expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, November 7, 2010

Musim cuti sekolah=musim kenduri kahwin

Salam semua,
tak lama lagi nak cuti sekolah.
macam biasa,ramailah nak melangsungkan perkahwinan.
sekarang ni pun dah banyak yang terima kad undangan.
Ada juga yang nak kahwin tapi asyik tangguh jer
maklumlah keadaan ekonomi diri yang belum stabil.
betul ker kenduri perkahwinan semakin mahal?
jom baca...................
Kenduri kahwin semakin mahal
CUTI penggal persekolahan akan bermula tidak lama lagi. Lazimnya, pada musim ini ramai pasangan memilih untuk melangsungkan majlis perkahwinan.
Bagi yang memilih untuk meraikan hari bahagia di bandar, para tetamu dijamu dengan keindahan hiasan kanopi dan pelamin yang diterapkan elemen moden dan eksklusif, lebih-lebih lagi jika ia disulami dengan karangan bunga segar yang menaikkan lagi seri majlis.
Di kampung pula, semangat gotong-royong atau rewang yang masih menebal pastinya menyuntik kemeriahan pada majlis perkahwinan tersebut.
Begitupun, harga sebuah perkahwinan bermula daripada majlis pertunangan hingga ke majlis persandingan menelan belanja yang besar.
Bayangkan, untuk persiapan pertunangan sahaja anggaran peruntukan yang diperlukan sekitar RM4,000. Untuk majlis perkahwinan, tidak mustahil kosnya lebih daripada RM20,000.
Kos kenduri kahwin yang semakin tinggi sering menjadi punca banyak pasangan menangguhkan perkahwinan hingga usia lewat 30-an demi mengumpul wang.
Namun, bagi yang ingin bergelar suami isteri pada usia ideal, konsep ‘kahwin dulu, bayar kemudian’ yang ditawarkan menerusi pinjaman peribadi oleh institusi-institusi kewangan menjadi pilihan.
Menurut pendapat di beberapa laman sembang berkaitan perkahwinan, lebih 90 peratus pinjaman peribadi di negara ini digunakan untuk melangsungkan perkahwinan.
Berkongsi pendapat mengenai isu itu bersama Pengarah Urusan CT Catering, Siti Fathimah Mohd. Akhir, beliau berkata, untuk mengelak majlis perkahwinan menjadi kelam-kabut, perancangan rapi sangat diperlukan.
“Semua bakal pengantin mahukan majlis yang sempurna dan kalau boleh, mereka tidak mahu kalah dengan majlis-majlis lain yang pernah diadakan di kawasan kejiranan mereka.
“Namun, tidak salah jika bersikap bersederhana dan berbelanja mengikut kemampuan.
“Selalu juga saya berdepan dengan pelanggan yang mahukan pakej perkahwinan yang meriah tapi takut untuk mengeluarkan belanja yang besar.
“Begitupun, ramai juga yang faham dan tidak mendesak kami supaya menurunkan harga.
“Kadang-kadang saya terfikir mengapa ada orang inginkan majlis tetapi akhirnya memeningkan kepala sendiri?
“Bayangkan, sewa kanopi dan hiasan dekorasi sahaja mencecah puluhan ribu ringgit, itu tidak termasuk jamuan, pelamin dan cenderahati tetamu.
“Tidakkah itu dianggap sebagai berlebih-lebih?” ujar Siti Fathimah yang berpengalaman mengendalikan perniagaan katering sejak tahun 1994.
Tidak menolak rezeki yang datang, namun Siti Fathimah lebih suka jika perancangan teliti secara bersederhana.
“Kalau ikutkan, saya sendiri tidak sampai hati hendak meletak harga yang tinggi, tetapi jika harganya terlalu rendah, payah pula untuk kita realisasikan impian raja sehari itu,” katanya kepada Jurnal.
Rewang 
Beliau berpendapat pada masa ini trend menggunakan khidmat katering turut berlaku di tanah rancangan Felda dan kampung-kampung berbanding amalan gotong-royong.
“Padahal kos jamuan dan kanopi akan lebih murah jika dibuat secara gotong-royong,” jelas Siti Fathimah yang menawarkan harga serendah RM15 sekepala untuk jamuan majlis perkahwinan.
Pengasas Kampung Pengantin, Fatain Mohd. Ali pula berpendapat langkah mengadakan majlis di rumah menelan kos yang lebih tinggi berbanding di dewan.
“Jika majlis dilakukan di rumah, pastinya tuan rumah akan bercadang untuk membaiki rumah, mengecat, persiapan kamar pengantin, langsir baru dan sebagainya.
“Untuk majlis pula, pastinya kanopi lengkap perlu disewa untuk persiapan jamuan.
“Jika di dewan, banyak kos yang boleh dipotong dan digunakan untuk keperluan lain,” ujarnya.
Kampung Pengantin yang terletak di Jalan Genting-Klang, Kuala Lumpur menawarkan bukan sahaja khidmat katering malah menyediakan lokasi untuk mengadakan majlis perkahwinan.
Dengan harga serendah RM35 sekepala, impian perkahwinan dalam taman boleh direalisasikan di Kampung Pengantin.
Boleh menampung sehingga 1,500 tetamu pada satu masa, ia sekali gus menjadi alternatif baru bagi pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan, terutama di bandar.
sumber:Kosmo online 7/11/2010

3 comments:

  1. masa kenduri kawen saya buat kecik2 je..
    maklum la ..orang kampung..
    kawan2 pun tak ramai..
    jadi buat ringkas2 je..
    tapi kat belah suami sampai tumbang kerbau 2 ekor...
    hahahahahh

    ReplyDelete
  2. wah...besarnya kenduri..
    sampai 2 ekor kerbau...
    mesti ramai tetamu tu.

    ReplyDelete
  3. kalau dapat pinjaman dari institusi kewangan elok juga. kalau pinjam kat luar nanti sampai anakcucu tak habis bayar.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.