expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, November 4, 2010

Menangis kerana 328


    Huaaa..huaa...alamak anak siapa pula menangis ni?Itulah dia anak lelaki KM7 yang berusia 5 tahun ni...menangis pula dia hari ni.tapi kenapa?haaa....kali ni dia menangis kerana 328.Nombor apa pula tu?Ok nak ceritalah ni.

   Tadi semasa dia belek-belek kereta mainannya,kat bawah badan kereta tu ada nombor 328.Dia tanya KM7 nombor apa tu?Dengan selamba,KM7 beritahu itu harga kereta itulah.Ingatkan habis setakat itu saja,rupa-rupanya tidak.

   Dia cuba mencampurkan jumlah kesemua nombor tu,tapi tak berjawapan.Maklumlah,kalau guna jari tangan cuma ada sepuluh jer...Jumlah nombor tadi kan 13.Hehehe..Dia dah boleh membilang sehingga seratus pun cuma nak menjumlahnya saja tak tahu.Lebih-lebih lagi kalau lebih dari 10.Apa lagi...menangis lah....

   Camana nak ajar budak-budak ni mengira yer..Memang peringkat ni perasaan ingin tahunya sangat tinggi.Kalau silap-silap ajar kan tak faham pula nanti.Hmmm moralnya di sini,besarnya peranan guru-guru kat sekolah tadika tu memberi pengajaran kat anak-anak kita tu.Masa inilah mereka mula nak belajar banyak perkara.Harapkan ibu bapa pula....sibuk jer memanjang.

   Jadi,berterima kasihlah kepada guru-guru anak kita yang sanggup menghadapi kerenah anak-anak kita ni..
Terima kasih cikgu!

4 comments:

  1. haha..
    menangis pasal nak tahu
    jawapan je..
    budak2 memang macam tu kot..

    ReplyDelete
  2. eh bapa nya kan cikgu juga.. tentu lebih tahu kaedah kira mengira campurtolak nih...

    ReplyDelete
  3. cikgu tadika saya dulu bagi lidi 100 batang bentuk pendek2 ikat dgn getah

    klu nk kira, guna yg tu lah
    lama2, baru mahir

    betultuh, klu nk kira guru tadika/pra sekolah paling berjasa
    ajar tulis dan baca dari awal
    titik tolak maju mundur seorang insan bergelar anak didik

    ReplyDelete
  4. bapanya cikgu budak2 besar..
    pendekatan jauh berbeza dengan
    kanak-kanak pra sekolah ni.heheh

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.